CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

duit2...

Tuesday, May 24, 2011

RESEPI: EGGLESS MOIST CHOC CAKE

assalammualaikum...

as i promised earlier, ni receipe choc cake ni...
awas!!! kek ni sgt2 lembut2..huhu, so saranan, before nk belah kek tu, sila la tggu betul2 sejuk..kalau x, kek tu hancur..hehehe
ok la..no no no talking too much..meh aku tepek resepi


CRAZY CHOCOLATE CAKE

Bahan-bahan ( 18cmX18cm )

1 cawan / 120 gram tepung gandum
1 cawan / 180gram gula halus
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1/3 cawan / 80ml minyak sayuran atau minyak masak
1 sudu besar cuka
1 sudu kecil vanilla
1 cawan air sejuk
1 sudu besar oren sunquick *kak izah tambah

Cara-cara

Dalam mixing bowl, masukkan semua bahan yang kering (tepung, gula, koko, baking soda, baking powder, garam). Gaul sebati.
Pastu, masukkan semua kandungan cecair, (minyak, cuka, vanilla, air) dan gaul sebati.
*Saya masukkan semua bahan cecair kecuali cuka. Gaul sebati. Last sekali baru masukkan cuka. Gaul sebati.
Masukkan dalam loyang yang dah disapu mentega/minyak sedikit.
Bakar dalam oven pada 180C selama 30 min atau hingga tester bersih bila dicucuk keluar dari kek.
Boleh dihias dengan frosting kegemaran masing2.

NOTE: Saya guna measurement cup untuk resepi ni. Kek ni sesuai diimakan begitu sahaja tanpa frosting, sebab dah cukup rasa manisnya. Terpulang dengan selera masing-masing.


ok,oleh sebab aku ni x biasa buat kek, aku xtahu sama ada baking soda dgn soda bikarbonat tu adlh serupa atau x..so oleh sbb umah aku ni xda baking soda, makanye aku gna la soda bikarbonat (asal ada soda..hehehe)...
tp kan..... bila aku rasa kek ni, rasa dia ada sikit payau..terasa soda bikarbonat tu...so utk peringatan diri aku sdri...pasni akn aku ltk 1/2 sudu kecil je pasni..
kek dia still naik mcm bese, so utk hilangkan rasa payau tu, aku ltk ganache...

Ganache

1/2 cwn koko van houten
1/2 cwn susu pekat
1 sudu besar minyak masak

masuk kan je sume bahan dlm periuk, n masak dgn api kecik smpai nmpak la adunan tuok..tuang atas kek.

 kek ni retak, maybe suhu oven aku tinggi kot..tp 180c ape aku ltk..hehe

 pandangan sifi2..



di salut ganache... boleh la kan..deco org x pndai, x sempat nk cr hiasan lain..hehehe

so korang, try la..sedap kek ni.. senang n cepat je nk buat....dlm ko tggu oven ko panas, bila dh bunyi tingggg, trus je boleh masuk kan dlm oven..hehe

0 comments: