CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

duit2...

Wednesday, June 29, 2011

RESEPI: homemade air soya lemak manis

Assalammualaikum


panaskan cuaca skrg ni.. disaat ni gak..aku baik hati skit dgn nk tayang...





ehem3.... ada rase dahaga x bila tgk air ni?hehehe, aku thu mst ada la pnya terliur tgk..hahah...
air ni aku buat hari isnin lepas..gigih aku pagi2 pergi pasar payang.

meh la aku temek resepi..kak ros..mintak izin C&P k..mmg menjadi n sgt serupa mcm yg dlm kotak except NO BAHAN PENGAWET at all...


Homemade Air Soya Lemak Manis
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
200gram kacang soya
2 litre air
1 cawan gula
3 helai daun pandan yang disimpul
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara

1. Masukkan kacang soya di dalam bekas dan rendam semalaman, pastikan paras air tu meneggelamkan kacang soya, bila ke-esokkkannye kita boleh lihat, kacang soya telah kembang dan saiznya menjadi  2 kali ganda.

2. Basuh dan toskan air yang berlebihan. Masukkan satu cawan kacang soya yang telah kembang tadi di dalam pengisar, dan masukkan juga 3 cawan air, blender halus, gunakan tapis kain, kalau boleh tapis yang buat air teh tarik tu, kalau takde boleh juga gunakan kain bersih untuk memerah air soya, perah air soya di dalam jug dan asingkan hampasnya. Ulang langkah tadi sehingga semua kacang soya selesai dikisar.

3. Sebelum di  masak, se-eloknya tapis sekali lagi air soya tadi bagi memastikan tiada hampas soya yang tertinggal. Masukkan air soya di dalam periuk dan tambahkan 1/2 sudu kecil garam serta daun pandan yang siap dicarik dan disimpulkan, gunakan api perlahan dan mestilah selalu di kacau.

4. Setelah sedikit mendidih baru masukkan gula, setelah gula larut, tutup api dan boleh lah disejukkan dan diminum, kalau nak minum soya suam pun boleh.

5. Setelah sejuk, simpan di dalam peti ais dan air soya ni boleh tahan selama 3 hari jika disimpan di dalam botol bertutup. Selamat Mencuba.

cma nasihat aku..sila buat senaman genggaman tangan dulu..bukan pe persediaan utk perahan susu kambing soya ... aku bgth ikhlas ni... mim alif nun top (mantop) giler nk bg habis perah susu soya tu...nangis nk blh habis..huhu..

ape2 pun,mmg puas bila dpt minum air soya yg kita buat sdri...
eh korang cuba tauuu...

0 comments: