CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

duit2...

Saturday, February 25, 2012

RESEPI: Daging Salai Masak Lemak Cili Padi dengan Bacang Muda

Assalammualaikum...

aku nk letak resepi, gambar xda, coz ni resepi originally from Negeri Sembilan. akak ipar aku ajar. so mintak izin ye kak imah nk paste resepi ni, so x lupa di kemudian hari. and AlFatihah utk arwah ibu kak imah yg meninggal dunia hari rabu (22.2.12). semoga arwah tenang di sana... amin...

ok , resepi nya

Daging Salai Masak Lemak Cili Padi dengan Bacang Muda


Sumber: Rahimah Yaakub




Bahan-Bahan




1kg daging
2 biji bacang muda
25-30 biji cili padi
1 biji kelapa (parut)
kunyit hidup (sebaik2 nya ibu kunyit)
garam




1. Daging di potong agak nipis dan disalai atas bara  (kayu/tempurung/arang) hingga kering. Tak perlu tambah garam.

2. Bacang muda yang dibuang kulit dicincang. Kemudian dihiris agak tebal. 

3. Perah santan dr kelapa satu biji tadi, dan ambil santan pekat untuk perahan pertama dengan menambah secawan air, kemudian asingkan. Baki untuk santan cair, ikut keperluan

4. Daging yg sudah disalai di potong kecil

5. Tumbuk cili padi, kunyit hidup dan garam hingga lumat

6. Gaulkan (2) dengan daging dalam periuk. Kecutkan daging atas api sederhana sehingga lembut. Jk blum lembut, masukkan sedikit air, teruskan pemanasan sehingga lembut

7. Tambahkan santan cair. Jerang hingga masak

8. Masukkan santan pekat dan bacang muda. Jerang atas api sderhana hingga masak. Perasakan garam (tak perlu tambah gula- manis santan pekat sudah memadai..)


CATATAN

1. Bacang muda boleh diganti dengan :

i. Belimbing buluh –perlu d titik/ketuk sdikit dlm lesung batu dan di perah supaya kurang masam. Gandingan belimbing buluh dan daging salai memang paling best!

ii. Rebung. Cara masak-perlu gaul rebung dgn daging semasa peringkat mengecut daging

2. Jika d masak dengan rebung, pastikan guna kelapa lbih sdikit (1 ½ biji) sbb masak rebung lazimnya perlukan lbih santan sbb ia akan menyebabkan kuah cair .

3. Cara yang sama boleh dilakukan utk masak ikan keli/sembilang salai…pun sodap!! (Kalau nk salai ikan keli, kelar sikit badannya)





masa taip resepi ni pun, aku dah kecur air liur...hahha, sedapnya, teringat gak rebung masak lemak... pun lbh kurang cara dia..aiyaaaaa, nyum3

0 comments: