CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

duit2...

Sunday, February 26, 2012

RESEPI:carbonara spagetti with creamy mushroom

assalammualaikum..

hoh gtu dia nama resepi kali ni...hehe..
panjang tp sedap x hengatt... ni resepi akak aku, aku mmg suka bnda yg berkaitan dgn mushroom ni seme, feveret makcik la sng cite, pastu akak aku ajar pulak makan ni kat aku, lagi la aku addict terus...hehehe, so nk resepi ke? gile senang nk buat ni, antara rajin dgn x rajin je, sama rajin aku letak resepi kan...kehkehkeh..

Carbonara Spagetti with creamy mushroom
Sumber: Noraini Ghazali (akak i la tu..)

Bahan bahan


1 tin Campbell Mushroom Soup (200++ ml, lupa lak brp byk...hehehe)
1 tin air
bawang merah - dadu
bawang putih  - dadu
mentega/planta/butter/minyak
cendawan butang - dihiris nipis
sosej - dadu
ayam cincang
50ml whipping cream (aku gna brand emborg)
udang(optional)

cara-cara

1. mula-mula panas kan periuk dengan planta.
2. selepas dah panas, tumis kan bawang merah beserta bawang putih td dalam planta yg dah cair td. tumis hingga bawang tu agak layu.
3. sudah bawang agak layu, masukkan ayam cincang dalam periuk... dan kacau hingga 3/4 masak.
4. dah hampir masak ayam cincang tu, masukkan pulak mushroom soup tu, dengan air sekali.
5. kacau hingga sup tu menggelegak manja2.
6. dah menggelegak manja2, masukkan pulak sosej yg dipotong kecik2 tadi dlm sup td. kacau hingga mendidih.
7. dah mendidih mushroom soup u, boleh la korang masukkan whipping cream tu td..
8. macam biasa, kacau la lagi, then akhir sekali masukkan cendawan yg dihiris nipis dlm sup td.
9. kacau sampai masak.
10. siap, hidangkan bersama pasta/spagetti

*** sambil korang masak carbonara tu, korang boleh la rebuskan sekali pasta utk dimakan bersama carbonara td, multi tasking katanya...hehehe

0 comments: