CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

duit2...

Wednesday, September 25, 2013

perasaan seorang ibu terhadap anaknya

Assalammualaikum..

lamanya aku x menaip kat sini
cerita banyak nk cerita
tp aku memilih untuk mendiamkannya..
kadang2 ape yg aku cerita, org salah faham, kata aku marah dia, kata aku dengki..
sudahnya, aku x taip ape2, lebih senang mcm tu kot


sebenarnya, aku terkesan bila baca satu entry ni
bila seorang ibu terpaksa melepaskan anak perempuannya untuk dijaga oleh suaminya..
mcm ne susahnya untuk si ibu terima hakikat yg ank yg dijaga selama ini dh menjadi milik orang..

** jgn ada yg speku kata aku nak kawin dlm masa terdekat ye..belum lagi, tp insyaAllah kalau ada jodoh,

sekadar memetik ayat dr blog kak Jun

Jadi perasaan sedih cita yang pernah saya lalui itu sebenarnya hanya satu proses peralihan biasa untuk semua ibu (dan bapa). Tangis dalam suka namanya. Rindu semasa jaga. Teringat dalam lena. Anak kita, anak bukan anak orang atau anak kucing. Wajarlah kalau meroyan

Jadi anak-anak sekelian, mesti faham kenapa setengah mak mentua perangainya pelik, terutamanya mak mentua kepada menantu perempuan. Depa jadi meroyan satu macam. Walau pun dapat menantu baik macam mana sekali pun, si emak mentua macam tak 'welcome'. Sebenarnya, ada emak yang rasa terancam. Mungkin suami kita tu anak emas dia, intan payung dia. Tiba-tiba si anak kahwin, maknanya sudah ada perempuan lain bertahta di hati anak jantannya. Si isteri pula  ditimang-timang setiap hari sampai tak perasan si emak makan hati. Maka berlagalah angin satu badan. 
 
 nak tahu cerita penuh, jemput la kesana..link aku dh bg...just click je "kak Jun" tu
bila memikirkan aku akan menghadapi bnda yg sama nanti...

aku terfikir, mmg ni perasaan mak n ayah aku nanti
tp utk side aku, aku sdri akan sedih...
mungkin tidak akan kelihatan.. tp hanya Allah memahami diri ini
 
untuk bakal suami saya yang saya tidak tahu siapa awak, dimana awak berada, ataupun bagaimana perwatakan awak..
 
bimbinglah saya, didiklah saya..
saya mmg kepunyaan awak sepenuhnya, tp janganlah jauhkan saya dr keluarga saya..
jangan putuskan hubungan kami..
walaupun secara hukumnya, ibu bapa saya dh xda hak keatas saya selepas saya berkahwin, tp dr segi hubungan darah, saya masih anak mereka

ibu bapa mertua (sekiranya ada)

saya tidak pernah berniat dan tidak pernah terdetik dlm hati ni untuk rampas anak lelaki korang (terpaksa gna korang, xtau panggil ape kan, mama ke, mami ke, u i ke...hehehehe)... selepas berkahwin pun suami saya masih lagi bertanggungjawab ke atas parent dia, makanya, sy xkan denied hak itu..
didiklah n sayangilah saya mcm anak korang juga...
 

** perghhhh, aku rasa dlm sejarah aku taip entry mcm ni, serius x pernah..
ni mesti effect lagu sedih kat pc aku ni...alolololo...
haishhhh, something goes wrong somewhere...mihmihmih
 

0 comments: